Isnin, 16 Oktober 2017

Byzantine Art History

Byzantine Arts History

Hagia Sophia

Hagia Sophia merupakan gereja pertama yang dirasmikan pada 360 Masihi di masa pemerintahan Konstantius II oleh Eudoxius dari Antioka.
Gereja dibangunkan di sebelah tempat istana Byzantium.
Keistimewaan kubah ini terletak pada bentuk kubahnya yang besar dan tinggi.  Dindingnya dihiasi mosaik serta dihiasi ukiran ukiran yang menarik dan kemas. 
Hagia Sophia asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara tahun 532 dan 537 SM  atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun. Pada tahun 1453, selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Hagia Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Rujukan:
1. Google images
2. https://www.google.com/search?q=sejarah+tentang+socrates&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjCzq3nqo3XAhUF4o8KHXNZDcQQ_AUICygC&biw=1366&bih=662


Tiada ulasan:

Catat Ulasan