Ahad, 15 Oktober 2017

Zaman Prasejarah

Zaman Prasejarah

Zaman Logam (Kapak gangsa)

Definisi Prasejarah

Prasejarah secara harfiah bermaksud "sebelum sejarah", daripada perkataan Latin untuk "sebelum," præ, dan Yunani ιστορία. Prasejarah manusia adalah tempoh dari masa tingkah laku dan anatomi manusia moden pertama kali muncul sehingga kemunculan sejarah bertulis berikutan ciptaan sistem tulisan. Memandangkan kedua-dua masa penempatan manusia moden dan evolusi tamadun manusia, berbeza dari kawasan ke kawasan, bermula dan berakhir prasejarah pada detik-detik yang berbeza dalam alur masa, bergantung kepada kawasan berkenaan.


Zaman Logam

Zaman logam terbahagi kepada dua iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi.
Gangsa dihasilkan melalui campuran tembaga dan timah. Iaitu mula digunakan di Eropah Utara 
( sekitar 2300-700 S.M ).  Pada zaman tersebut, terdapat pelbagai peralatan logam yang dicipta. Antara peralatan besi yang ditemui di Malaysia ialah mata lembing bersoket, kapak, soket, tulang mawas, beliuang, sabit dan lain-lain lagi. Alatan logam turut digunakan untuk memburu binatang, berlawan, melindungi diri daripada ancaman musuh dan juga menjadi peralatan untuk memasak. Ada juga kepercayaan masyarakat terdahulu semasa melakukan pengebumian mayat, mereka menanam mayat tersebut bersama-sama peralatan besi/logam terbabit. 


Rujukan:

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_prasejarah
2. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

1 ulasan: