Zaman Renaissance
Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah. Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan. Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlaku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.
Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah. Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan. Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlaku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.
Pengertian Renaissance :
- Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
- Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
- Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.
- Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme.
Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :
- Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal.
- Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu.
- Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.
- Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.
- Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.
- Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.
- Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.
- Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
Leonardo Da Vinci
Leonardo dilahirkan di Vinci, Itali, pada tahun 1455 M. Bapanya Ser Piero da Vinci merupakan tuan punya atau tukang yang kaya, ibunya Caterina merupakan seorang gadis petani. Ia telah dicadangkan bahawa Caterina merupakan hamba yang berasal dari Timur Tengah yang dimiliki oleh Piero, tetapi tiada bukti kukuh. Zaman tersebut merupakan zaman sebelum kelaziman penggunaan nama keluarga di Eropah, oleh itu nama penuhnya adalah "Leonardo di ser Piero da Vinci", yang bererti " Leonardo, anak lelaki Piero, dari Vinci". Leonardo sendiri menandatangani hasil kerjanya sebagai "Leonardo" atau "Io, Leonardo" (Saya, Leonardo). Dengan itu, kebanyakan pakar merujuk hasil kerjanya sebagai "Leonardos" bukannya "da Vincis". Kemungkinannya dia tidak menggunakan nama bapanya kerana dia dianggap sebagai anak luar nikah. Leonardo membesar dengan bapanya di Florence. Dia merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Dia menjadi anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466. Kemudian dian menjadi pelukis bebas di Florence.
Potret Mona Lisa
Potret Mona Lisa
- Mona Lisa, atau La Gioconda (La Joconde), adalah lukisan minyak di atas kayu poplar yang dibuat oleh Leonardo da Vinci pada abad ke-16.
- Lukisan ini sering dianggap sebagai salah satu lukisan paling terkenal di dunia.
- Lukisan ini dimiliki oleh pemerintah Perancis dan dipamerkan di Musée du Louvre di Paris.
- Sebuah lukisan tua berusia lebih 500 tahun yang digantung di salah satu sudut dinding Museum Louvre di kota Paris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan