Selasa, 5 Disember 2017

Baroque Art




SENI BAROQUE

Pengenalan
  • Baroque merupakan sebuah istilah untuk mengkategorikan sebuah era dalam perkembangan peradaban manusia (termasuk seni) yang terjadi di Eropah.
  • Seni ini terjadi sekitar tahun 1600 hingga 1800. Era ini merupakan bahagian akhir dari zaman renaisance dan merupakan awal gerakan protestantism yang terjadi di Jerman bahagian utara dan Belanda.
  • Karya-karya seni yang tercipta pada zaman baroque juga merupakan cerminan keadaan zaman tersebut sehingga memiliki ciri-ciri khusus yang tentunya berbeza dengan corak seni pada zaman-zaman sebelumnya.
  • Perkataan baraque berasal dari sebuah kata dalam bahasa Portugis iaitu barroco yang bererti jenis mutiara besar yang kasar yang selalu dipakai untuk perhiasan badan yang penuh ornamentasi di masa itu.
  • Gaya baroque menggunakan gerak yang berlebih-lebihan dan detail yang jelas, serta mudah ditafsirkan untuk menghasilkan drama, ketegangan, semangat yang hidup dan keagungan dalam seni patung, lukisan dan muzik.
  • Tema yang banyak dipilih oleh gaya baroque ini adalah tema keagamaan, kerajaan dan keluarga.
  • Ciri-ciri seni baroque yaitu seniman bebas mengekspresikan diri melalui karya-karyanya, sehingga karya yang dihasilkan menjadi karya yang lebih hidup.
  • Petter Paul Rubens (1577-1640) adalah seorang seniman baroque yang berasal dari Belanda yang belajar pada seniman-seniman Itali. Oleh itu, ia dikenali sebagai pelopor seni rupa baroque.
  • Peter Paul Rubens mempunyai seorang murid yang bernama Van Dijck (1599-1641) yang menjadi pelukis terkenal di istana raja Inggeris.
  • Selain Van Dijck, ada juga seniman baroque yang bernama Rembrandt Van Rijk (1606-1699) dengan karya yang terkenal iaitu Kabinet Kayu.
  • Rembrandt dikenali sebagai pelukis yang memiliki kepandaian menyusun efek cahaya lukisan-lukisannya, sehingga lukisannya seolah-olah menjadi tampak nyata.




Gian Lorenzo Bernini
Lahir pada : 17 Disember 1598 
Mati pada : 28 November 1680 




Sculpture: The Goat Amalthea
Tahun : 1615
Marmar Carrara, ketinggian 44 cm
Galleria Borghese, Rom

Kambing Amalthea dengan Bayi Jupiter dan Faun adalah karya yang paling awal diketahui oleh artis Itali, Gian Lorenzo Bernini. Dihasilkan sejak 1609 dan 1615, arca itu kini berada di Koleksi Borghese di Galleria Borghese di Rom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan