IMPRESIONISME
(1870-1880)
Claude Monet
Tajuk: Manneporte
Tahun : 1886
Ciri-ciri lukisan Manneporte:
- Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan.
- Subjek utama iaitu rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran.
- Teknik yang dihasilkan nenunjukkan imej pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun objek yang sebenar dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran warna yang menggambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu imej yang dilukis.
- Cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan dan suasana.
- Cahaya penting bagi menimbulkan mood pada sesuatu karya yang telah dihasilkan bagi menjelaskan segala isi tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oeleh seseorang pengkarya seni lukis.
- Medium utama yang digunakan untuk menghasilkan lukisan ini adalah dengan menggunakan cat minyak.
Latar Belakang Seni Impresionisme:
Impresionisme lahir sebagai suatu istilah bagi menamakan sekumpulan pelukis itu yang berkarya dengan menggunakan stail yang sama di kota Paris sekitar tahun 1872-1882.
Merupakan salah satu aliran seni terpenting menjelang abad ke-19 dan disifatkan ramai sebagai perintis kerana kaedah mereka berkarya berbeza daripada pendekatan konvensional seni lukis.
Pada mulanya, karya-karya impresionisme ditolak kerana dikatakan karya-karya yang belum siap. Ini ekoran daripada pendekatan sapuan berus yang begitu spontan dalam merakamkan subjek-subjek, sama ada figura mahupun landskap.
Kerana perbezaan dengan stail akademik dan konvensional yang disanjungi orang kenamaan, maka karya-karya impresionis itu disifatkan sebagai satu revolusi dalam seni.
Nama gaya ini berasal daripada tajuk lukisan Claude Monet, Impression, soleil levant ("Impression, Sunrise", "Tanggapan, Terbit matahari"), yang menyebabkan pengkritik seni, Louis Leroy, mencipta istilah itu dalam sebuah ulasan satira dalam akhbar Paris, Le Charivari.
Ciri-ciri lukisan impresionisme termasuk coretan kecil, nipis dan yang dapat dilihat, gubahan terbuka, penekanan pada gambaran tepat cahaya yang berubah-ubah (sering kali menyerlahkan kesan peredaran masa).
Bukan itu sahaja, ciri lain seni lukis ketika era ini juga turut menunjukkan tentang subjeknya yang biasa, penyelitan pergerakan sebagai unsur penting pengalaman dan pencerapan manusia, dan sudut pandang yang luar biasa.
Perkembangan impresionisme dalam seni tampak diikuti oleh gaya seakan dalam media lain seperti muzik (muzik impresionisme) dan kesusasteraan.
Umumnya, kecenderungan para pelukis ini adalah merakam impresi dan kesan tampak yang bersifat sementara. Subjek mereka adalah warna dan cahaya.
PERISIAN YANG MENARIK
BalasPadam