Isnin, 1 Januari 2018

Cubisme


KUBISME


Pablo Picasso



Ciri-ciri lukisan kubisme:-

• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang bertenaga

Kubisme merupakan aliran seni lukis yang lahir selepas Fauvisme dan dianggap sebagai salah satu aliran terpenting abad ke-20. Ia juga disebut sebagai satu stail kepada satu revolusi estetik dan teknik dalam seni lukis. Prinsip Kubisme berbeza dari Fauvisme dan Seni Ekspressionistik.
Kubisme dianggap sebagai ibu kepada semua sni lukis abstrak dan bermula dengan usaha Picasso
(1881-1973) dan Braque (1882-1963) untuk menggantikan kesan visual Impressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warn yang berkonsep intelektual, walaupun pada zamannya ia dianggap ganjil dan absurd.
Karya-karya akhir Cezanne dianggap sebagai titik tolak ke arah kelahiran Kubisme di mana wujud penerokaan yang lebih mendalam terhadap kesatuan permukaan gambar dua dimensi, analisis terhadap bentuk dan perhubungannya, sehingga wujud penelitian terhadap keseluruhan struktur objek dan kedudukannya di dalam ruang secara praktikal. Merekamenyatukan berbagai-bagai sudut pandangan objek ke dalam sebuah karya. Selain dari karya-karya Cezanne, seni arca Afrika juga menjadi sumber utama Kubisme. Bentuk geometric, kombinasi bentuk lengkung dan lurus memberikan arca-arca ini struktur dan tenaga yang memikat Picasso dan Braque. Menurut mereka pengarca Afrika berkarya dengan bentuk dan rupa yang bebas daripada wujud sebagai realiti tampak.

Kubisme memecahkan konsep di antara satu dengan yang lain, misalnya :

i.Konsep cahaya dan bayang

ii.Konsep permukaan atau latar gambar dan unsure ketinggian atau sudut pandangan yang berbagai.

iii.Pengamatan terhadap kawasan-kawasan yang terlindung bersifat sebaliknya.

Kubisme bergabung dalam satu objektf yang bersifat matematik, mekanikal kejenteraan (machienary), sehingga Leger menegaskan Kubisme sebagai seni Zaman jentera (art of the machine age). Aliran yang diasaskan oleh Picasso dan Braque, turut dianggotai oleh Gris, Leger, Villon, Metzinger, Rivera dan lain-lain. Nama Kubisme lahir dari kritikan Lousi Vauxcelles dalam ulasannya terhadap pameran Brague, dalam akhbar Gil Blas (14 November 1908), yang membicarakan tentang, cubes dan kemudiannya ‘Bizarreries Cubiques’.

Empat peringkat Kubisme adalah :

1.Proto-Kubisme (1902-08)
Picasso dan Braque terpengaruh dengan stail Cezanne, Matisse dan Seni Afrika. Bentuk kan.semulajadi dipermudah

2.Analitik Kubisme(1908-11)
Bentuk-bentuk semulajadi dipecah-pecahkan kepada satah-satah geometrik. Sudut pandangan yang pelbagai dipersembahkan dalam sebuah catan. Warna lebih bersifat monochromatic.

3.Kolaj (1910-12)
Alam benda menjadi subjek utama. Kolaj dibentuk menerusi penampalan keratan-keratan kertas seperti akhbar dan majalah ke atas kanvas dan panel.

4.Synthetic Kubisme (1912-30)
Objek-objek yang dikenali kembali wujud dalam catan dengan warna-warna yang cerah.


Contoh

1.Picasso ‘Ambrose Vollard’ (1910-11)
‘The Accodianist’ (1911)
‘Les Demoiselles d’avignon’ (1907)
2.Georges Braque ‘The Portuguese’ (1911)
‘ The Table (1928)
3.Juan Gris ‘Bottle of Banyuls’ (1914)
4.Fernand Leger ‘The City’ (1919)


RUJUKAN

1. Buku Teks Tingkatan 6, Seni Visual

2. http://senivisual-zul.blogspot.my/2010/07/impressionisme-imperssionisme-adalah.html

3. Google images

Tiada ulasan:

Catat Ulasan