Selasa, 26 Disember 2017

Impressionism


IMPRESIONISME
(1870-1880)

Image result for claude monet manneporte

Claude Monet
Tajuk: Manneporte
Tahun : 1886

Ciri-ciri lukisan Manneporte:
  • Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan.
  • Subjek utama iaitu rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian  dan benda-benda di persekitaran.
  • Teknik yang dihasilkan nenunjukkan imej pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun objek yang sebenar dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran warna yang menggambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu imej yang dilukis.
  • Cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan dan suasana.
  • Cahaya penting bagi menimbulkan mood pada sesuatu karya yang telah dihasilkan bagi menjelaskan segala isi tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oeleh seseorang pengkarya seni lukis. 
  • Medium utama yang digunakan untuk menghasilkan lukisan ini adalah dengan menggunakan cat minyak.


Latar Belakang Seni Impresionisme:

Impresionisme lahir sebagai suatu istilah bagi menamakan sekumpulan pelukis itu yang berkarya dengan menggunakan stail yang sama di kota Paris sekitar tahun 1872-1882.

Merupakan salah satu aliran seni terpenting menjelang abad ke-19 dan disifatkan ramai sebagai perintis kerana kaedah mereka berkarya berbeza daripada pendekatan konvensional seni lukis.


Pada mulanya, karya-karya impresionisme ditolak kerana dikatakan karya-karya yang belum siap. Ini ekoran daripada pendekatan sapuan berus yang begitu spontan dalam merakamkan subjek-subjek, sama ada figura mahupun landskap. 
Kerana perbezaan dengan stail akademik dan konvensional yang disanjungi orang kenamaan, maka karya-karya impresionis itu disifatkan sebagai satu revolusi dalam seni.
 Nama gaya ini berasal daripada tajuk lukisan Claude Monet, Impression, soleil levant ("Impression, Sunrise", "Tanggapan, Terbit matahari"), yang menyebabkan pengkritik seni, Louis Leroy, mencipta istilah itu dalam sebuah ulasan satira dalam akhbar Paris, Le Charivari.
 Ciri-ciri lukisan impresionisme termasuk coretan kecil, nipis dan yang dapat dilihat, gubahan terbuka, penekanan pada gambaran tepat cahaya yang berubah-ubah (sering kali menyerlahkan kesan peredaran masa). 
Bukan itu sahaja, ciri lain seni lukis ketika era ini juga turut menunjukkan tentang subjeknya yang biasa, penyelitan pergerakan sebagai unsur penting pengalaman dan pencerapan manusia, dan sudut pandang yang luar biasa. 
Perkembangan impresionisme dalam seni tampak diikuti oleh gaya seakan dalam media lain seperti muzik (muzik impresionisme) dan kesusasteraan.
Umumnya, kecenderungan para pelukis ini adalah merakam impresi dan kesan tampak yang bersifat sementara. Subjek mereka adalah warna dan cahaya.



Post-Impressionism


POST- IMPRESIONISME

(1880-1905)

Image result for starry night
Pelukis : Van Gogh
Tajuk : Stary Night
Tahun : 1889


Ciri-ciri karya :
  • Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan dan mula menonjolkan imej daripada emosi pelukis.
  • Subjek utama yang digunakan ialah rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran.
  • Teknik post-impresionisme yang digunakan dalam karya van gogh ialah gabungan warna yang mementingkan kajian bentuk sesuatu benda, ekspresi emosi melalui gabungan warna dan bersifat individu seperti gambaran perasaan takut, tegang dan misteri.
  • Media yang digunakan dalam lukisan Stary Night ialah cat minyak.

Selasa, 5 Disember 2017

Romanticism




France Art



Delacroix
Tajuk: Liberty Leading The People
Tahun: 1830

  • Merujuk kepada kemuliaan, semangat perjuangan yang hebat, sentimen terhadap wira dan kepujian terhadap sesuatu namun tidak merujuk kepada perkataan asal 'romance' yang mengisahkan percintaan.
  • Subjek utama iaitu imej sejarah, keindahan landskap, perasaan simpati, kejujuran dan suasana perang.
  • Mementingkan ketepatan gambaran dari perasaan, emosi dan juga keadaan perang yang menyebabkan ramai terkorban.
  • Penggunaan warna yang kelam dan murung menimbulkan karya yang lebih dramatik, contohnya gambaran situasi perang.
  • Media utama yang digunakan dalam menghasilkan karya ini adalah dengan menggunakan cat minyak.

Baroque Art




SENI BAROQUE

Pengenalan
  • Baroque merupakan sebuah istilah untuk mengkategorikan sebuah era dalam perkembangan peradaban manusia (termasuk seni) yang terjadi di Eropah.
  • Seni ini terjadi sekitar tahun 1600 hingga 1800. Era ini merupakan bahagian akhir dari zaman renaisance dan merupakan awal gerakan protestantism yang terjadi di Jerman bahagian utara dan Belanda.
  • Karya-karya seni yang tercipta pada zaman baroque juga merupakan cerminan keadaan zaman tersebut sehingga memiliki ciri-ciri khusus yang tentunya berbeza dengan corak seni pada zaman-zaman sebelumnya.
  • Perkataan baraque berasal dari sebuah kata dalam bahasa Portugis iaitu barroco yang bererti jenis mutiara besar yang kasar yang selalu dipakai untuk perhiasan badan yang penuh ornamentasi di masa itu.
  • Gaya baroque menggunakan gerak yang berlebih-lebihan dan detail yang jelas, serta mudah ditafsirkan untuk menghasilkan drama, ketegangan, semangat yang hidup dan keagungan dalam seni patung, lukisan dan muzik.
  • Tema yang banyak dipilih oleh gaya baroque ini adalah tema keagamaan, kerajaan dan keluarga.
  • Ciri-ciri seni baroque yaitu seniman bebas mengekspresikan diri melalui karya-karyanya, sehingga karya yang dihasilkan menjadi karya yang lebih hidup.
  • Petter Paul Rubens (1577-1640) adalah seorang seniman baroque yang berasal dari Belanda yang belajar pada seniman-seniman Itali. Oleh itu, ia dikenali sebagai pelopor seni rupa baroque.
  • Peter Paul Rubens mempunyai seorang murid yang bernama Van Dijck (1599-1641) yang menjadi pelukis terkenal di istana raja Inggeris.
  • Selain Van Dijck, ada juga seniman baroque yang bernama Rembrandt Van Rijk (1606-1699) dengan karya yang terkenal iaitu Kabinet Kayu.
  • Rembrandt dikenali sebagai pelukis yang memiliki kepandaian menyusun efek cahaya lukisan-lukisannya, sehingga lukisannya seolah-olah menjadi tampak nyata.




Gian Lorenzo Bernini
Lahir pada : 17 Disember 1598 
Mati pada : 28 November 1680 




Sculpture: The Goat Amalthea
Tahun : 1615
Marmar Carrara, ketinggian 44 cm
Galleria Borghese, Rom

Kambing Amalthea dengan Bayi Jupiter dan Faun adalah karya yang paling awal diketahui oleh artis Itali, Gian Lorenzo Bernini. Dihasilkan sejak 1609 dan 1615, arca itu kini berada di Koleksi Borghese di Galleria Borghese di Rom.